Friday, January 7, 2011

Keluarga angkat Shahir golongan VIP???

    Baru-baru ini ada berita yang mengatakan Shahir juara AF8 memiliki sebuah banglo yang bernilai jutaan ringgit.Selepas berita beliau memandu Nissan Fairlady dan BMW,keluar pula berita ini.Namun Shahir tidak mudah melatah malah matang dalam menjawap setiap persoalan,menafikan bahawa beliau ditaja malah menegaskan segala kemewahan itu milik keluarga angkatnya yang juga kenalan rapat keluarga kandungnya di Kampar,Perak.Kenderaan Nissan Fairlady itu sahaja milik beliau dari hasil titik peluhnya dalam bidang ini,beliau berjiwa muda seperti remaja-remaja di luar sana yang pasti punya keinginan memiliki kenderaan yang di impikan mereka andai mereka berkemampuan.
     Berkenaan banglo dan BMW yang hangat diperkatakan setengah pihak diluar sana,Shahir menjelaskan BMW itu milik ibu angkatnya yang meminjamkan beliau kerana kasihan melihat pergerakan Shahir agak terhad kerana Nissan Fairlady miliknya masih di bengkel.Banglo mewah itu juga kediaman keluarga angkat Shahir,tidak mungkin untuk beliau memiliki banglo mewah dengan hanya beberapa bulan menjadi juara Akademi Fantasia.Diharap dengan penjelasan Shahir itu dapat menjawap segala persoalan di luar sana,namun kerana kemewahan yang mereka miliki timbul pula persoalan keluarga angkat Shahir golongan VIP??? Benar atau tidak??Hanya Shahir yang tahu jawapannya.


No comments:

Post a Comment