Friday, January 7, 2011

Iwan ambil kesempatan di atas 'kehilangan' Shahir??

      Ada khabar yang mengatakan Iwan sering kelihatan bersama Adira sepanjang 'kehilangan' Shahir. Iwan dikatakan sentiasa bersama Adira di setiap acara yang membabitkan adira.Ada juga yang terserempak dengan mereka di pusat membeli belah yang terkenal di ibu kota,kemesraan mereka menimbulkan tanda tanya pada yang melihat.Iwan yang pernah dikaitkan bercinta dengan rakan seperjuangannya di dalam AF8,Nad. menjelaskan bahawa dia amat menyenangi Adira.Adira disifatkan mudah mesra juga disenangi semua rakan AF yang lain.Adira tidak pernah lupa untuk bertanya khabar rakan-rakan AF yang lain,dalam kesibukkan Adira juga tidak pernah lupa untuk menelefon ibunya di Sabah.
      Bagi Adira pula dia tidak terfikir tentang cinta buat masa ini,tujuan utamanya adalah bidang nyanyian.Namun andai dijodohkan bersama rakan AF,Adira tidak menolak takdir itu.Adira sememangnya rapat dengan Iwan dan rakan AF lelaki yang lain seperti Maulana,Shahir dan Daus.Adira sering diteman kakaknya,jadi tidak mungkinlah untuk dia berdua bersama Iwan seperti yang didakwa sesetengah pihak.
       Terbaru,Adira menghadiri aktiviti yang di anjurkan oleh Kelab Peminat Iwan.Turut serta pada majlis itu Maulana,Anum dan beberapa rakan artis yang lain.

No comments:

Post a Comment