Friday, December 17, 2010

ADIRA TOLAK CINTA SHAHIR??????

DI hadapan lebih 5,000 penonton, akhirnya juara program realiti, Akademi Fantasia musim kelapan (AF8), Ahmad Shahir Zawawi meluahkan perasaan cinta terhadap rakan seangkatannya, Adira.

Menariknya, bukan hanya kata cinta dilafazkan tetapi Shahir dengan berani memberikan cincin kepada gadis idamannya itu. Namun, peminat kedua-dua penyanyi popular itu menyangka Adira menerima cinta Shahir. Rupanya, naib juara itu membuat pengakuan hatinya masih terpaut pada rakan mereka, Iwan

Keputusan Adira nyata mengecewakan Shahir dan peminatnya tetapi penonton yang hadir di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur masih tercengang mengapa Shahir dan Adira secara tiba-tiba mengeluarkan kenyataan itu.

Persoalan mula bermain di fikiran, apakah mereka benar-benar bercinta atau wujud cinta tiga segi yang selama ini tidak diketahui peminat mereka sendiri.

Apapun, segala kekusutan itu terjawab apabila aksi mereka di pentas itu hanyalah lakonan dan gimik untuk Konsert Reunion Akademi Fantasia AF8 yang diadakan pada malam Ahad lalu.

Gandingan Shahir dan Adira yang menyampaikan lagu duet, Bila Cinta yang popular menerusi filem Lagenda Budak Setan membuatkan suasana di stadium itu menjadi gamat. Malah, penyampaian lagu sentimental itu berjaya mengusik jiwa penonton yang bersorak dan memberikan tepukan gemuruh

No comments:

Post a Comment